Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Anda dikehendaki memahami polisi syarikat kami sebelum berurusan dengan kami agar tidak timbul sebarang masalah:
⦁ Deposit pendahuluan, apa-apa bayaran & barang yang telah dijual atau dibuat tidak boleh dikembalikan semula.
⦁ Disyorkan tempah & mencuba sampel berbayar dahulu sebelum membuat produk yang sebenar.
⦁ Deposit pendahuluan 50% dari jumlah bayaran dikenakan jika setuju untuk membuat produk. Baki 50% lagi dibayar setelah produk siap & sedia untuk dipos.
⦁ Harga produk & perkhidmatan di dalam website ini bukanlah harga terkini. Harga mungkin berubah-ubah mengikut harga semasa pasaran bahan mentah, jenis bahan mentah, kos overhead kilang, kos perkhidmatan dan kuantiti produk yang diminta.
⦁ Bahagian Promosi terhebat hanya untuk produk tertentu dan sah untuk tempoh tertentu sahaja selagi stok masih ada.
⦁ Pihak kami tidak terlibat dalam sebarang promosi jualan produk pelanggan yang telah siap.
⦁ Gambar-gambar kilang, pekerja, alatan pengilangan dan cara proses tidak dibenarkan diambil.
⦁ Kami tidak melantik sebarang ejen atau orang tengah untuk mengambil tempahan daripada pelanggan.
⦁ Sebarang maklumat mengenai pelanggan, produk, bahan-bahan dan formulasi yang menjadi milik pelanggan adalah dirahsiakan.
⦁ Pihak kami berhak menggunakan khidmat pihak ketiga dalam urusan pensijilan & perlesenan jika perlu tanpa merujuk pada pemilik produk. Syarikat pihak ketiga biasanya mempunyai kelengkapan & sijil-sijil yang mencukupi untuk urusan perlesenan berbanding syarikat milik pelanggan.
⦁ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian produk atau kelewatan urusan akibat perubahan undang-undang baru oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan agensi-agensi berkaitan.
⦁ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan produk akibat dari penghantaran oleh syarikat kurier & penghantaran. Contohnya penghantaran produk siap kepada pelanggan atau penerimaan botol / bekas (kami tempah untuk pelanggan) yang dihantar pembekal kepada kami.
⦁ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan produk yang disimpan di dalam stor kami lebih dari seminggu selepas tarikh produk siap.
⦁ Produk yang tidak dituntut lebih dari 4-6 bulan dari tarikh siap akan dilupuskan atau dilelong jika ruangan stor penyimpanan tak mencukupi.
⦁ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan produk akibat penyimpanan yang salah oleh pelanggan.
⦁ Untuk sesetengah kes, terdapat 1-2 bekas (botol kaca biasanya) & kotak yang rosak semasa pemprosesan produk. Oleh itu pelanggan hendaklah lebihkan sedikit bilangan bekas & kotak yang dihantar. Bilangan yang rosak adalah kecil & ia dibawah tanggungan pelanggan.
⦁ Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu produk biasanya 2-5 minggu selepas rekaan grafik produk siap (atau 4-7 minggu selepas bayaran deposit), tidak termasuk tempoh permohonan perlesenan dan pensijilan. Jadual maklumat mengenai tempoh perlesenan & pensijilan sila rujuk Asas.
⦁ Untuk kes tertentu seperti produk gagal disiapkan, bayaran ganti balik (refund) akan diberi setelah ditolak kos perkhidmatan kami untuk sediakan produk. Bayaran ini tidak termasuk kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain kos yang tidak melibatkan kami. Bayaran ini tidak melibatkan kes seperti ada sedikit kelainan pada produk yang anda tempah akibat pembekal atau bahan mentah yang berlainan (bahan sama cuma tempat atau pembekal berlainan).
⦁ Kuantiti produk yang ditempah mungkin berkurang atau lebih. Contohnya anda tempah 100 botol produk, tapi kami terpaksa keluarkan 107 botol akibat lebihan bancuhan, maka anda kena ambil semua 107 botol. Lebihan 7 botol tu akan dicaj. Jika terdapat bancuhan yang terkurang atau pembungkusan yang rosak, maka produk yang siap lebih rendah dari yang ditempah. Contohnya 96 botol siap, maka baki 4 botol tadi tidak akan dikenakan bayaran..
⦁ Khidmat pereka grafik disediakan secara percuma untuk semua produk. Softcopy grafik yang telah siap adalah menjadi milik syarikat kami & tidak akan diberi kepada pelanggan.
⦁ Kotak karton disediakan percuma untuk penghantaran.
⦁ Caj tambahan RM100-RM2000 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak bergantung pada jenis & kuantiti produk.
⦁ Finishing & mockup untuk kotak & sticker ditentukan oleh kami jika kuantiti tempahan adalah kecil. Rekaan grafik ditentukan oleh pemilik produk melalui nasihat kami.
⦁ Demi melindungi produk kami dari ditiru, kami berhak merahsiakan sesetengah bahan dengan cara-cara tertentu yang tidak melanggar undang-undang.
⦁ Untuk repeat order produk, harganya akan sama (kebanyakannya) atau lebih rendah sedikit (kuantiti moq yang sama) dari tempahan yang pertama.
⦁ Kami tidak mendaftarkan produk buatan pelanggan sendiri (home made) atau dari kilang lain.
⦁ Kami tidak menerima bahan mentah dari pihak luar atau pelanggan
⦁ Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku masalah apabila anda berurusan dengan pihak ketiga yang kami senaraikan. Contohnya pembekal & pengilang botol.
⦁ Boleh menempah produk sebenar secara terus tanpa beli atau membuat sampel, tetapi tiada ganti rugi jika anda tidak berpuas hati dengan produk OEM tersebut.
⦁ Semua sampel adalah berbayar, harga purata RM50-60 bergantung pada jenis & kuantiti produk.
⦁ Sampel ready made (produk sedia ada) boleh diterima dalam masa 7 hari bekerja. Stok Ready Made bergantung pada siapa cepat dia dapat.
⦁ Sampel Custom Made (produk baru, bahan & tujuan khasiat ditentukan oleh anda) siap dalam masa 2-12 minggu bergantung pada queue & stok bahan mentah.
⦁ Bayaran & Sampel yang telah dibuat / dijual tidak boleh dipulangkan.
⦁ Caj tambahan RM10 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak.
⦁ Bayaran ganti balik (refund) akan diberi jika jika sampel yang diterima tak mencukupi, sampel tak siap dalam masa yang ditetapkan atau kami gagal (tak berjaya setelah cuba banyak kali) buat produk. Bayaran ini hanya melibatkan kos yang anda bayar untuk buat sampel, tidak termasuk kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain kos yang tidak melibatkan kami.Tiada jaminan sampel produk anda kami dapat buat & urusan ini berakhir dengan penerimaan sampel.
⦁ Jika ada produk yang hendak ditiru, hendaklah hantar terus pada kami kerana syarikat tidak menyediakan khidmat membeli atau mencari produk tersebut. Bayaran RM30-40 biasanya akan dikenakan jika nak mengubah atau naik taraf sampel. Tempoh menunggu 2-6 minggu.
⦁ Sebahagian bekas, saiz & packing sampel yang diberi tak mewakili saiz yang sebenar. Contohnya:
a) sampel collagen 6g tak mewakili saiz sachet yang sebenar,
b) sampel serum atau toner saiz kandungannya bergantung pada stok bekas yang ada,
c) sampel jus dalam sachet akan diberi dalam botol,
d) tablet akan dihantar dalam beg plastik.
Perhatian:
1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Questions explained agreeable preferred strangers too him her son. Set put shyness offices his females him distant.
© 2024 IZIE HERBS RESOURCES. Hak Cipta Terpelihara.