Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Sama seperti losyen, Krim adalah pelembap yang bekerja untuk menjaga kesihatan kulit dan untuk lain-lain perawatan.
Krim yang berasaskan minyak melalui proses emulsi (campuran) air ke dalam minyak.
Krim berasaskan air pula melalui proses emulsi minyak ke dalam air. Kebanyakan Krim adalah berasaskan minyak.
Majoriti Krim diklasifikasikan sebagai kosmetik dan mungkin mengandungi wangian.
Krim mempunyai kelikatan yang lebih tinggi, berat, lebih berminyak, menebar lebih sempit & tebal berbanding losyen.
Krim biasanya dipasarkan dalam balang kerana ia begitu likat hingga sukar untuk memerahnya atau mengepamnya keluar dari botol. Krim bekerja dengan baik pada kulit kering.
Contoh Produk:
1. Krim Siang Betik Plus
2. Krim Jeragat Halia Plus
3. Krim atau Gel Pomade
4. Nipple Pinky Cream
5. Krim Hilangkan Parut
Untuk senarai jenis & bentuk produk dengan lebih tepat, sila rujuk bahagian Promosi.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis ubat-ubatan berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Questions explained agreeable preferred strangers too him her son. Set put shyness offices his females him distant.
© 2024 IZIE HERBS RESOURCES. Hak Cipta Terpelihara.