Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Kapsul ialah kelongsong kecil (biasanya diperbuat daripada gelatin) yang berisi dos ubat.
Pembalut ubat ini direka agar kandungannya mudah larut di dalam perut, mudah ditelan, mengelakkan rasa yang tidak enak dan menjadikan ubat lebih tahan lama.
Serbuk, pati, ekstrak dan ramuan herba boleh dimasukkan ke dalam kapsul. Berat kandungan 1 kapsul ubat herba adalah menyamai 4-10 kali ganda berat bahan mentah yang dikeringkan.
Sumber kapsul adalah dari gelatin lembu atau sayuran.
Produk berbentuk kapsul memerlukan pendaftaran dengan KKM sebagai ubat sebelum boleh dipasarkan.
Contoh Produk:
1. Kapsul Kesihatan Wanita
2. Kapsul Halia Bara Plus
3. Kapsul Ubat Buasir
4. Kapsul Habbatus Sauda
5. Kapsul Pati Billberry
Untuk senarai jenis & bentuk produk dengan lebih tepat, sila rujuk bahagian Promosi.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis ubat-ubatan berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.
Kami boleh menyediakan hampir semua jenis produk berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib
Questions explained agreeable preferred strangers too him her son. Set put shyness offices his females him distant.
© 2024 IZIE HERBS RESOURCES. Hak Cipta Terpelihara.